Malaysia Dateline

Presiden pohon menghadap, kesetiaan Setiausaha Agung dipertikai

Pas dilihat menggelabah apabila timbul isu parti itu menderhaka terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sehingga presiden parti itu memohon untuk menghadap baginda.

Ada juga berpandangan, kesetiaan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan boleh dipertikaikain apakah kepada parti itu atau bersama-sama rakan-rakannnya dalam ‘C5’ dan juga ‘Kumpulan Publika’ yang diketuai Bersatu.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam menghantar surat kepada Sultan Perak untuk memohon menghadap baginda.

Dalam surat yang ditandatangani sendiri oleh Hadi itu, beliau memohon untuk menghadap bagi menyembah maklum tentang suasana politik yang melibatkan Pas.

Hadi bersedia untuk menghadap pada bila-bila masa sahaja dan di mana sahaja tempat, tarikh dan masa yang ditentukan baginda.

Surat itu dihantar Hadi kepada Setiausaha Sulit Sultan Perak, Dato’ Mohd Rasid Hussin Shah.

Tiga rakan rapat…. Takiyuddin, Annuar Musa dan Hamzah Zainudin.

Sebelum ini, FMT melaporkan, Hadi juga bertujuan untuk memohon maaf dari baginda berikutan apa yang berlaku di Perak sebelum ini.

Ini berikutan arahan yang dikeluarkan Pas agar tiga Adunnya di Perak membatalkan hasrat mereka untuk menghadap Sultan Perak walaupun telah diperkenankan oleh baginda.

Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin pula sebelum ini dalam satu kenyataan bertulis beliau memaklumkan Pas tidak akan terlibat dengan penubuhan kerajaan baru di Perak selepas Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dijatuhkan.

Namun, semalam Pas telah menandatangani SD menyokong Adun dari Umno, Datuk Saarani Mohamad sebagai menteri besar.