Presiden Singapura pertama anak kelahiran Taiping Perak

Presiden Singapura pertama anak kelahiran Taiping Perak

Tun Yusof Ishak, Presiden Singapura yang pertama.

Sosok yang tertera pada setiap wang dolar Singapura sebenarnya adalah anak melayu. Beliau ialah Tun Yusof Ishak, Presiden Singapura pertama yang dilantik pada 19 Ogos 1965. Untuk pengetahuan beliau telah dilahirkan di Taiping, Perak. Bapanya juga berasal dari Tanah Melayu disebelah utara.

Beliau seterusnya mendapatkan pendidikan awal di Taiping sebelum berpindah ke Singapura. Tun Yusof Ishak melebarkan sayapnya sebagai seorang wartawan yang antara bertanggungjawab membangunkan Utusan Melayu.

Inilah sejarah yang tak mampu dipadam oleh sesetengah pihak. Walau hari ini umum maklum pemerintahan di Singapura kebanyakan dibarisi mereka yang berbangsa cina, namun memadam kebanggaan bukanlah sikap mereka yang bertamadun.

Walau yang tertera diatas duit mereka berbangsa melayu yang tidak lahir pun di Singapura, mereka meletakkan aprisiasi yang tinggi pada mereka yang berjasa dalam membangungkan negara tersebut dan menganggap itu adalah sebahagian dari mereka. Ada masjid yang diletakkan nama beliau dan juga pada intitusi pendidikan.

Namun ia cukup berbeza di Malaysia, pemimpin menggunakan bangsa dan agama sebagai alat menjatuhkan musuh politik. Terbaru lihat bagaimana ketua kerajaan negeri mendakwa tujuan negara asing yang mahu membantu Malaysia dalam menyelesaikan permasalahan yang tak mampu dilunaskan oleh pihak berwajib, mereka melemparkan bahawa pihak asing tersebut mahu menjatuhkan bangsa melayu.

Pemikiran dangkal ini sengaja dibawa dan dilagukan agar rakyat mudah dipergunakan. Mereka akhirnya nanti akan mengajak rakyat bangkit dalam ruang pemikiran yang sungguh sempit.

Walau di Singapura, pimpinan negara mereka cina(ada yang panggil komunis), namun duit yang tertera wajah bangsa melayu mempunyai nilai yang tinggi. Ia beda dengan Malaysia, walau pemerintahnya melayu, duitnya tertera sosok melayu, namun nilainya rendah.

Benar ia bukan disebabkan wajah bangsa apa yang tertera dipermukaan sekeping kertas, malah ia bukan disebabkan bangsa apa yang memerintah, tetapi ia soal tanggungjawab dan intergriti.

Berfikirlah wahai bangsa Malaysia agar tidak terus tinggal dalam kepompong pemikiran jumud dan rasis. Sudah puluhan tahun kita merdeka, apakah kita hanya merasa merdeka pada tanggal 31 Ogos pada setiap tahun, walhal merdeka itu adalah apabila minda kita tidak dijajah bukan sahaja dari anasir luar, malah dari penjajah yang sedang berwatak dengan pentas pemerintah.