Malaysia Dateline

Presiden UAE, Khalifa Zayed Al Nahyan meninggal dunia pada usia 73 tahun

Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan dilaporkan meninggal dunia semalam (Jumaat) pada umur 73 tahun.

Perkara itu dilaporkan agensi berita rasmi WAM semalam.

Kementerian Hal Ehwal Presiden mengucapkan takziah kepada rakyat UAE dan dunia Islam atas pemergian Sheikh Khalifa pada 13 Mei.

Putera Mahkota Abu Dhabi, Mohamed Zayed Al Nahyan berkata, UAE kehilangan pemimpin yang soleh.

“Pendirian, pencapaian, kebijaksanaan, kemurahan hati dan inisiatifnya ada di setiap sudut negara. Saudaraku, semoga Allah merahmatimu dan ditempatkan ke syurga”.

Kementerian mengumumkan 40 hari berkabung dengan bendera separuh tiang mulai semalam.

Sheikh Khalifa mengambil alih sebagai Presiden kedua UAE pada November 2004, menggantikan bapanya sebagai pemerintah ke-16 Abu Dhabi.