Malaysia Dateline

Prestasi perdagangan Malaysia alami kitaran global beri impak langsung nilaian eksport, import

Perdangangan  luar Malaysia akan mengalami kitaran prestasi setiap 8 hingga 10 tahun yang akan memberi kesan langsung kepada nilaian eksport dan import negara.

Bagi 2019 eksport Malaysia mencatatkan penurunan secara marginal sebanyak 1.7% kepada RM986.4 bilion, berbanding tahun sebelumnya manakala import berkurang 3.5% kepada RM849.01 bilion.

Menurut salah seorang pemilik laman facebook Liyana Marzuki walaupun pembangkang memperlekehkan prestasi perdagangan negara bagi tahun lepas,  sebenarnya,  tidak seburuk prestasi perdagangan yang berlaku pada 2009 di era Barisan Nasional (BN).

“Paling teruk prestasi perdagangan kita ialah pada tahun 2009. Masa tu nilai import dan eksport negara jatuh dengan teruknya.

“2009, Eksport jatuh 16.7%, import jatuh 16.4%

“Cuba bandingkan dengan prestasi tahun 2019, Sksport jatuh 1.7% sahaja, import jatuh 3.5%.

“Setiap 8-10 tahun, Malaysia akan mengalami kitaran prestasi perdagangan yang mencabar. Tahun 2001 juga begitu. Tapi prestasi kita tetap lebih baik dari tahun 2009.

“Prestasi perdagangan Malaysia yang terbaik adalah pada tahun 2004. Bukan 2017 sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh pembangkang,” ujarnya yang bertugas di Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (Miti).

Beliau dipecayai mengulas dakwaan pembangkang yang memperlekehkan prestasi perdagangan Malaysia 2019.

“Ada yang cakap terburuk dalam sejarah negara. Ada yang cakap pertama kali dalam sejarah, prestasi perdagangan kita negatif. Dan menyumpah Kerajaan PH.

“Prestasi perdagangan negara banyak bergantung pada faktor luaran juga. Sebagai contoh, pada tahun 2019, prestasi perdagangan negara terjejas disebabkan perang perdagangan antara US dan China.

“Bukan setakat Malaysia yang terjejas tapi kebanyakan negara turut terkena tempiasnya. Namun demikian, prestasi Malaysia adalah lebih baik dari Singapura, Indonesia dan Korea,” ujarnya.

Berdasarkan data bulanan yang dilaporkan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), prestasi perdagangan sepanjang tahun lalu tidaklah sekukuh angka yang direkodkan tahun sebelumnya, walaupun Malaysia bukan satu-satunya negara yang terjejas ekoran kelesuan ekonomi global.

Jumlah perdagangan bagi negara lain di rantau ini seperti Korea dan Indonesia turun sebanyak 8.3 peratus.

Jumlah dagangan Singapura susut 4.3 peratus, Thailand menguncup sebanyak 3.0 peratus, China kurang 1.0 peratus dan Taiwan turun 0.6 peratus.

Hanya Vietnam yang mencatatkan pertumbuhan jumlah perdagangan apabila meningkat 7.4 peratus.

Katanya lagi, dalam konteks Asean, Malaysia antara yang minima terkesan. bagi perbandingan, yang mana prestasi perdagangan Malaysia adalah lebih baik berbanding Singapura.

Justeru beliau mengingatkan netizen agar jangan terus percaya apa yang digembar gemburkan pihak pembangkang.

“Mereka dok cakap prestasi Malaysia paling teruk dalam sejarah. Tak sedar (atau buat-buat tak sedar) masa mereka memerintah prestasi eksport dan import Malaysia adalah paling buruk.

“Kerajaan sekarang akui ada pengurangan prestasi, jelaskan kenapa ia berlaku dan cuba baiki untuk 2020 dan tahun mendatang. Masuk semua maklumat dalam media tanpa sorok apa-apa daripada Rakyat,” ujarnya lagi.

Beliau berpandangan kerajaan semasa lebih terbuka dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat berbanding kerajaan sebelumnya.

“Dulu cuba ingat, selalu ke media Kerajaan tonjolkan maklumat sedemikian? Yang saya ingat ada menteri dulu cakap, kalau tak suka Malaysia, boleh pindah negara lain tapi jangan tukar Kerajaan.” katanya yang merujuk kepada kenyataan pernah dibuat oleh seorang menteri kabinet BN.