Malaysia Dateline

Prime Minister of Malaysia paling trending, kenapa ye?

Makluman oleh aplikasi media sosial Twitter bahawa perkataan “Prime Minister of Malaysia” (Perdana Menteri Malaysia) paling trending sekarang ini mendapat reaksi pelbagai pihak, sehingga ramai yang bertanya “Kenapa ye”.

Ekoran itu, pelbagai hujjah diberikan oleh pengguna Twitter kenapa “Prime Minister of Malaysia” paling trending dengan tafsiran masing-masing.

Netflit Premium RM12 menulis, “Bukan saya sahaja menjejak kenapa Prime Minister of Malaysia paling trending sekarang ini. Awak, ye awak yang membaca ini tentu samakan.”

Ekoran itu, pengguna Twitter berkicau tentang Prime Minister of Malaysia dalam Twitter mereka dengan pelbagai cadangan dan tafsiran tentang hal ini.

Laicikang @tehaisthai menulis, “Prime Minister of Malaysia: Saya harap suatu hari nanti mereka akan sedar betapa susahnya menjadi PM semasa era pendamik ini. Saya harap, rakyat Malaysia juga memainkan peranan masing-masing, ikuti SOP, jangan merungut tentang SOP ketika mereka sebenarnya yang memulakan kluster itu.”

Henry Law JunWei @ heck pula menulis, “Tolong letak jawatan wahai Prime Minister of Malaysia dan pasukannya.”

“Kenapa trending? Tidak mengambil tindakan segera ketika Covid mencecah 4 angka.Tidak cekap dan
mengkhianati kita ketika langkah Sheraton tahun lepas dan macam-macam lagi,” kata beliau.

Prime Minister of Malaysia dan setiap menteri di Malaysia perlu potong gajinya 60% dan gunakan wang itu untuk kegunaan mereka yang memerlukan,” tulis CFCHaze @ 44Hazim bagi membuat cadangan kepada Prime Minister of Malaysia.

Aaron Denison pula bertanya: Prime Minister of Malaysia, adakah Parlimen dipertimbangkan dalam perkhidmatan perlu ketika kerajaan mengenakan ‘Total Lock Down’ mulai esok.

Beliau juga memberikan jawapannya, “Tentu sekali tidak, Parlimen tidak akan dipertimbangkan sebagai perkhidmatan perlu dan akan kekal ditutup kerana kita adalah #KerajaanGagal.”