Prince Edward melawat KL Sports City, atlet Malaysia

Prince Edward melawat KL Sports City, atlet Malaysia

Putera Edward, Earl of Wessex, hari ini melawat Kuala Lumpur Sports City (dahulu Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil) dan melihat persediaan atlet Malaysia dalam menghadapi kejohanan masing-masing.

Putera Edward yang juga naib penaung Sukan Komanwel diringi Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau menyaksikan penerjun dan perenang kebangsaan beraksi di Pusat Akuatik Nasional sebelum berangkat ke Gimnasium 2 untuk menyaksikan latihan atlet sepak takraw dan wushu untuk Sukan SEA 2019 di Filipina.

Beliau kemudian mengakhiri lawatan dengan menyaksikan atlet trek dan lapangan, gimnastik berirama dan gimnastik artistik di stadium mini dan gimnasium 3 sebelum sessi jamuan teh.

Putera Edward telah meluangkan masa beramah mesra bersama para atlet kebangsaan dan atlet para atlet yang telah bersara di foyer gimnasium 3.

Sebagai naib penaung Sukan Komanwel, Putera Edward juga berpeluang menyaksikan atlet Malaysia beraksi menjelang Sukan Komanwel 2022 di Birmingham.

Putera Edward ialah dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia dan beliau juga akan melawat Australia.

Kali terakhir beliau berkunjung ke Malaysia ialah dalam tahun 2004 bersama Yayasan Anugerah Antarabangsa Duke of Edinburgh.

Putera Edward merupakan putera bongsu Ratu Elizabeth II Britain dan merupakan Duke of Edinburgh.– BERNAMA