Prinsip ‘ fastabiqul khairat’  kunci  kerajaan negeri berjaya urus ekonomi

Prinsip ‘ fastabiqul khairat’ kunci kerajaan negeri berjaya urus ekonomi

Prinsip ‘fastabiqul khairat’ (berlumba-lumba melakukan kebaikan) antara kunci kepada kerajaan Selangor berjaya menyatupadukan pemimpin dan rakyat negeri ini untuk memastikan negeri Selangor kukuh dari segi pembangunan ekonomi  dan politik negeri.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata Belanjawan Selangor 2018 kesemua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sentiasa berlumba-lumba untuk melakukan yang terbaik bagi kerajaan negeri Selangor.

Belanjawan kali ini memperuntukan belanja pembangunan sejumlah RM1.66 bilion dan belanja pengurusan RM1.46 bilion daripada
peruntukan sejumlah RM3.12 bilion.

“Kita telah berjaya buktikan berkemampuan mengurus ekonomi dan kewangan negeri serta meletakkan belanja pembangunan sebanyak 53.2% berbanding dengan belanja mengurus 46.8%.

“Ini satu kejayaan besar walaupun peringkat awal tiga tahun lalu, ramai yang curiga sama ada kita mampu menjana ekonomi dan meningkatkan hasil kerajaan negeri,” ujarnya pada sidang media selepas selesai membentangkan Belanjawan Selangor di Dewan Negeri Selangor hari ini.

Mohamed Azmin berkata, dengan pelaksanaan dasar penilaian perolehan ‘cut off’ dibuat secara terbuka dan sehingga hujung tahun ini ujarnya lagi, kerajaan negeri berjaya melakukan penjimatan sejumlah RM432 juta.

“Dengan penjimatan sebegini besar, pertumbuhan yang dijana dapat kita kemukakan satu belanjawan pembangunan yang besar pada 2018 dan kita harap semua projek ini dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan,” ujarnya.

Selain itu beliau turut menegaskan inisiatif yang diperkenalkan dalam belanjawan kali ini antaranya memperkenalkan Kad Ibu Smart Selangor (KISS).

“Kita perkenalkan skim ini untuk ibu yang kurang berkemampuan mendapat bekalan asas dan pakaian anak-anak ke sekolah,” ujarnya.

Inisiatif lain diperkenalkan adalah program untuk belia yang mana kerajaan menyediakan program latihan.

“Walaupun dikalangan belia memiliki  sijil dan diploma mereka tidak mendapat pekerjaan kerana pasaran kerja memerlukan pekerja yang mempunyai kemahiran.

“Kita sediakan peruntukan RM52 juta bekerjasama dengan beberapa agensi yang terbukti telah menjalankan kemahiran latihan kepada belia di Selangor untuk melahirkan lebih ramai belia berkemahiran.

“Ini antara inisiatif baharu yang kita perkenalkan selain kita meneruskan beberapa dasar dan program yang kita jalankan di bawah inisitaif peduli rakyat,” ujarnya.

Dalam bajet dibentang itu, kerajaan negeri akan melaksanakan satu program perdana yang dikenali sebagai Inisiatif Kemahiran
Teknikal dan Iktisas Smart Selangor (IKTISASS) dengan peruntukan RM52 juta yang mewakili 51.1 peratus daripada peruntukan untuk
pendidikan tinggi.

Inisiatif ini bertujuan memberi peluang kepada millennials (generasi melinium) menggarap latihan kemahiran bagi menjamin kebolehpasaran dengan pendapatan tinggi dan meningkatkan rantaian nilai modal insan.

Belanjawan Negeri Selangor 2018 ini lebih memberikan tumpuan kepada soal kebajikan, kesihatan, pendidikan dan perumahan yang
menjadi faktor penting melestarikan pertumbuhan ekonomi negeri.

Katanya lagi, urus niaga tanah bukanlah fokus utama kerajaan negeri untuk mendapatkan hasil negeri.

“Kita tidak ada sistem  yang mana kerajaan negeri mengutip cukai pintu dan cukai tanah.

“Bermula Januari 2018 kita akan perkenalkan sistem percukaian petak yang diluluskan KPKT  (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) di Parlimen baru-baru ini. Dengan pelaksanaannya kelak akan ada pertambahan hasil berdasarkan akta yang baharu diluluskan itu.

“Saya juga berbincang dengan rakan-rakan dalam pentadbiran agar tidak bergantung kepada pendapatan hasil tanah sahaja, kita perlu ada  sumber lain,” ujarnya.

Beliau turut berkata, beliau berasa beryukur kerana ada pasukan kerja yang kuat yang sentiasa meletakkan keutamaan untuk membangunkan negeri Selangor.

Justeru untuk mengiktiraf pegawai kerajaan negeri dengan mengumumkan bonus 3 bulan gaji bagi tahun 2017.

5.0
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 1.0
CATEGORIES
TAGS