Prinsip politik Azmin Ali dipersoal Ronnie Liu

Prinsip politik Azmin Ali dipersoal Ronnie Liu

Saranan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya Pakatan Harapan tidak menyerang sama ada ahli atau pimpinan Pas, sewaktu berucap dalam satu majlis baru-baru ini, sebaliknya hanya menumpukan serangan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) dipersoalkan oleh AJK Pusat DAP, Ronnie Liu Tian Khiew.

Ronnie mempersoalkan di manakah kebijaksanaan politik Menteri Besar itu mengeluarkan saranan sedemikian.

“Saya setuju tidak menyerang ahli Pas kerana yang buat salah bukan mereka. Saya tak setuju tidak menyerang pimpinan Pas seperti Haji Hadi,” tulis beliau dalam Facebooknya.

Beliau mendakwa MB Azmin mempunyai agenda politik bersama pimpinan Pas walaupun mereka (Pas) telah menghianati rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

“Dan pimpinan Pas telah menganggap AMANAH dan DAP sebagai musuh politik. Dan Pas juga memutuskan hubungan dengan PKR secara rasmi.

“Takkan MB Min tak tahu atau tak faham. Dan MB Min sendiri merupakan Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Selangor merangkap Naib Presiden PH Pusat, juga Pengarah Pilihan Raya PH Pusat,” katanya lagi.

Beliau turut mempersoalkan di manakah prinsip Menteri Besar itu.

 

8.0
OVERALL SCORE
4 user votes x 10.0
CATEGORIES