PRK Balakong: Pusat Pengundian ditutup jam 12 tengah hari

PRK Balakong: Pusat Pengundian ditutup jam 12 tengah hari

Pusat pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Balakong ditutup secara rasmi pukul 12 tengah hari ini selepas semua pengundi awal selesai menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Pusat pengundian di kuarters Balai Polis Seri Kembangan berkenaan dibuka tepat pukul 8,00 pagi menyaksikan seramai 28 daripada 31 anggota polis berdaftar pergi mengundi.

Sebaik proses pengundian ditutup, peti undi pusat pengundian berkenaan dimeterai petugas pilihan raya dan dihantar untuk disimpan dalam lokap Balai Polis Bandar Baharu Bangi sehingga hari penjumlahan undi pada Sabtu ini.

Turut meninjau pusat pengundian berkenaan sebaik ia dibuka ialah Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Tan Sri Othman Mahmood.

Selain itu, kedua-dua calon bertanding iaitu calon MCA Tan Chee Teong dan Pakatan Harapan Wong Siew Ki turut hadir melihat perjalanan mengundi awal di pusat pengundian.

Wong ketika ditemui pemberita berkata sehingga hari ini masih ramai kalangan pengundi yang belum sedar tentang pilihan raya berkenaan.

“Masih ada empat hari sebelum pengundian hari Sabtu, kami kena tambah usaha bertemu orang ramai untuk memaklumkan pasal tarikh mengundi,” katanya seperti dilapor Bernama

PRK Dun Balakong diadakan berikutan kematian penyandangnya Eddie Ng Tien Chie dalam satu kemalangan jalan raya 20 Julai lepas menyaksikan persaingan dua penjuru antara calon Tan dan Wong.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Ng menewaskan calon Barisan Nasional, Lim Chin Wah dan Mohamad Ibrahim Ghazali (PAS), dengan majoriti 35,538 undi.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote