PRK Cameron Highlands: BN jauh tinggalkan PH

PRK Cameron Highlands: BN jauh tinggalkan PH

Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN jauh meninggalkan PH dengan majoriti 6,001 undi setakat jam 6 petang ini.

Paparan skrin penjumlahan undi di SMK Sultan Ahmad Shah di Tanah Rata menunjukkan BN memperoleh 9,621 undi manakala PH hanya mendapat 3,630 undi.

Pola kiraan undian mengikut pusat mengundi mendapati PH kalah teruk di kawasan Dun Jelai.

Bagaimanapun, PH menang di sebahagian pusat mengundi majoriti pengundi bukan Melayu.

Di saluran 3 bagi pusat mengundi SK Kampung Raja con, PH meraih 268 undi berbanding BN yang hanya mendapat 82 undi.

 

(Laporan lanjut menyusul)