Malaysia Dateline

PRK Cameron Highlands: Walau macam mana susah PH kena menang, kata Guan Eng

Pemimpin DAP mengakui Pakatan Harapan (PH) berdepan laluan sukar untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highland, Sabtu ini.

Namun, Lim Guan Eng berkata walau “susah”, PH akan berusaha untuk menang demi rakyat di kawasan tersebut, dipetik Berita Harian.

“Itu (BN kata mereka miliki majoriti 4,100 undi) memang kita ambil kira. Ada orang kata Pas sudah sokong Umno. Tidak mengapalah kalau BN (kata) akan menang.

“Kita cuba untuk tidak menang tak apakah? Tidak bolehlah macam tu. Ya..kita tahu ini kerusi BN, ya..ini kubu kuat mereka. Tapi walau macam mana susah sekalipun, kita kena menang untuk rakyat Cameron Highlands.” ujar Menteri Kewangan ini.

Berdasarkan semakan, jumlah 4,100 undi diperoleh berdasarkan campuran majoriti 597 undi dimenangi BN yang dicampur 3,587 undi diperoleh calon Pas pada pilihan raya 9 Mei lalu.

Pilihan raya kecil Cameron Highlands berlangsung pada Sabtu ini.