Malaysia Dateline

PRK Chini: BN berentap 2 calon bebas

Pilihan Raya Kecil N.23 Chini yang akan diadakan pada 4 Julai ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru iaitu dua calon bebas dan satu calon daripada BN.

Selepas tamat tempoh penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima tiga kertas pencalonan bagi PRK ini.

Tiga calon berkenaan adalah Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin daripada Bebas, Mohd Sharim Md Zain daripada BN dan Mohd Shukri Mohd Ramli daripada Bebas.

Pengerusi SPR Datuk Azhar Azizan Harun dalam kenyataannya hari ini berkata, selesainya proses penamaan calon maka tempoh berkempen bermula sehingga ja 11.59 malam 3 Julai 2020.

SPR telah menubuhkan tiga Pasukan Peguat Kuasa Kempen Pilihan Raya selaras dengan Seksyen 27B Akta Kesalahan Piihan Raya 1954 untuk memantau semua aktiviti calin termasuk mematuhi garis panduang pencegahan COVID-19.

Bagi PRK ini SPR telah melantik 32 orang pemerhati pilihan raya daripada 10 buah organisasi (agensi kerajaan, NGO) dan tiga individu yang berkelayakan) untuk memaantau perjalanan proses pilihan raya.

SPR menjangkakan peratusan keluar mengundi untuk PRK ini adalah lebih kurang 70 peratus.

PRK DUN Chini diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun pada 6 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur, akibat serangan jantung.

SPR menetapkan PRK DUN Chini diadakan pada 4 Julai, manakala hari pengundian awal pada 30 Jun.

Pada Pilihan Raya Umum lalu, Abu Bakar mempertahankan kerusi DUN Chini dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi, manakala calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405) dan Mohamad Razali Ithnain dari PKR (1,065).