Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakon Selangor, akan diadakan pada 8 September, manakala hari penamaan calon ditetapkan 18 Ogos depan.
PRK Dun Balakon diadakan susulan kematian mendiang Ng Tien Chee berusia 40 tahun disahkan meninggal dunia selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan X-Trail yang dipandunya melanggar bahagian belakang sebuah lori pencuci jalan milik syarikat konsesi lebuh raya berkenaan pada 20 Julai lalu
Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood berkata, sebanyak 62,219 pemilih berdaftar layak mengundi bagi PRK DUN Balakong iaitu mengikut daftar pemilih sehingga suku pertama 2018 yang telah dikemaskini sehingga 2 Julai lalu.
“Beberapa penambahbaikan akan dilakukan dalam PRK kali ini termasuk waktu mengundi iaitu bermula pukul 8 pagi hingga 5.30 petang selain penambahan saluran kepada pengundi berumur 60 tahun ke atas,” katanya dalam sidang akhbar PRK DUN Balakong di sini hari ini.
Menurut Othman, pihaknya telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dun Selangor, Ng Suee Lim pada Jumaat lalu berhubung dengan kekosongan kerusi Dun berkenaan.