PRK Dun Balakong: Strategi MCA berbau perkauman?

PRK Dun Balakong: Strategi MCA berbau perkauman?

Prof Dr Sivamurugan Pandian

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Balakong dan Dun Seri Setia melakarkan sejarah sendiri di pentas politik negara selepas 14 kali mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) sejak mencapai kemerdekaan pada 1957.

Pada PRK N27 Balakong  buat pertama kali parti komponen  Barisan Nasional (BN) iaitu MCA mengunakan simbolnya untuk bertanding.

Manakala dua  PRK N32 Seri Setia dan di N27 Balakong buat pertama kali dalam sejarah sebuah kerajaan Persekutuan mengunakan logo baharu ‘Harapan’ signifikan kepada sebuah kerajaan  Pakatan Harapan  (PH) yang baharu mengambil alih kuasa selepas menang Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu.

Penganalisis Politik, Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata MCA mungkin mahu menguji kesetiaan ahli-ahli mereka dan menganggap PRK di Balakong merupakan tempat terbabaik bagi melaksanakannya.

“Implikasi yang akan terjadi pada masa hadapan mungkin besar jikalau mereka gagal untuk meraih kemenangan kelak,” katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Menurutnya walaupun perkara ini mungkin perkara yang normal di dalam dunia politik masa kini namun rakyat mungkin akan melihat isu ini adalah isu yang berbau politik yang bersifatkan perkauman.

“Walaupun pemimpin Umno bersetuju untuk MCA menggunakan logo sendiri tetapi mereka perlu menilai bahawa 34 peratus pengundi di Balakong merupakan pengundi Melayu,”ujarnya.

Pada PRK Dun Balakong menyaksikan pertembungan antara calon PH  daripada DAP, Wong Siew Ki dan calon MCA, Tan Chee Teong yang pertama kali mengunakan simbol MCA.

Dr Hatta Ramli

Pengarah Pilihan Raya Parti Amanah Negara (Amanah), Dr Hatta Ramli berkata, buat pertama kali MCA mengunakan logo mereka sendiri sejak penubuhannya, dilihat parti itu mementingkan satu kaum sahaja.

“Dapat dilihat, MCA hanya mementingkan satu kaum yang membawa kepada isu mewakili kaum Cina sahaja.

“Untuk PRK kali ini, Pakatan Harapan menggunakan logo yang baharu dan membawa politik Malaysia yang baharu,” ujarnya ketika ditemui pada hari penamaan calon DAP di PRK Balakong pada Sabtu.

Menurutnya, politik perkauman tidak lagi boleh diterima dan jelas melihatkan MCA tidak boleh berdiri sendiri tanpa menjadi tampuk pemerintah.

“Bagi PH pula, walaupun sebagai pembangkang sebelum ini sehingga diberi mandat untuk memerintah kerajaan sekarang tetap bersatu sebagai satu gabungan,” ujarnya.

4.5
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 0.0
CATEGORIES
TAGS