Malaysia Dateline

PRK Dun Rantau 13 April depan

Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau akan diadakan pada 13 April.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut menetapkan undian awal PRK itu pada 9 April dan penamaan calon pula pada 30 Mac ini.

“Tempoh berkempen yang ditetapkan adalah 14 hari bermula selepas penamaan calon sehingga pukul 11.59 malam, 12 April 2019,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mengenai urusan PRK tersebut, di Putrajaya hari ini.

Azhar berkata daftar pemilih yang akan digunakan untuk PRK itu adalah Daftar Pemilih Induk 2018 yang dikemas kini sehingga 25 Feb lepas yang akan mula dijual 14 Mac ini.

Katanya daftar pemilih itu mengandungi 20,926 orang pemilih berdaftar, terdiri daripada 20,804 pengundi biasa, 118 pengundi awal dan empat orang pengundi tidak hadir luar negara.