PRK di  Kuala  Kangsar dan  Sungai Besar pada 18 Jun

PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada 18 Jun

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia telah menetapkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor dijalankan serentak pada 18 Jun depan.

Tarikh penamaan calon pada 5 Jun dan pengundian awal ditetapkan pada 14 Jun, iaitu jatuh pada hari Selasa, ujar Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dalam sidang media di Pejabat SPR di Putrajaya hari ini.

Dua kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Wan Mohamad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon yang terlibat dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Pada Pilihanraya Umum ke-13 lalu di kawasan Parlimen Sungai Besar, daripada 36,991 undi BN memperoleh majoriti  tipis 399 sahaja. BN ditentang oleh Pas. Manakala di Kuala Kangsar BN mendapat majoriti 1,082 daripada 27,801 undi dalam pertandingan tiga penjuru dengan calon Pas dan Bebas.

TAGS

COMMENTS