Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
PRK Kimanis: 201 permit dikeluarkan kepada dua parti bertanding

PRK Kimanis: 201 permit dikeluarkan kepada dua parti bertanding

BernamaJanuary 17, 2020 7:23 am




Sebanyak 201 permit bagi tujuan berkempen dan ceramah umum dikeluarkan kepada dua parti bertanding, Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Barisan Nasional (BN) sejak penamaan calon pada 4 Jan lepas sehingga semalam bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata daripada jumlah itu 95 permit dikeluarkan untuk kawasan Beaufort dan Papar (106).

“Setakat ini 23 laporan polis diterima berkaitan PRK Parlimen Kimanis atas pelbagai kesalahan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Op Selamat 16 sempena sambutan Tahun Baharu Cina, di sini hari ini.

Omar berkata daripada jumlah itu, sembilan kertas siasatan dibuka atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Kanun Keseksaan.

Beliau berkata antaranya melibatkan fitnah, mendatangkan khianat, merosakkan poster dan sepanduk, kenyataan yang boleh mendatangkan kegusaran orang awam, provokasi dan kebencian.

“Polis menasihatkan kepada pihak yang terlibat dalam kempen PRK Parlimen Kimanis supaya mengawal emosi, hormati orang lain dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bertujuan menghina bangsa lain,” katanya.

Dalam pada itu, Omar berkata jumlah anggota polis yang ditempatkan di kawasan PRK Parlimen Kimanis ditambah daripada 792 kepada 859 anggota bagi meningkatkan kawalan sepanjang tempoh berkempen dan pada hari pembuangan undi.

Hari pengundian PRK Parlimen Kimanis pada Sabtu ini dan membabitkan pertandingan satu lawan satu antara calon Warisan Datuk Karim Bujang dan BN yang diwakili Datuk Mohamad Alamin.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Selepas 12 hari dirawat, Tok Pa pulih Covid-19

‘China bina hospital dengan segera, Malaysia bina dewan ketika darurat’

China bina kem kuarantin tampung 4,000 pesakit Covid-19

MAFI dicadang segerakan Program Bakul Kasih Sayang bantu rakyat miskin

Kes Covid-19 terus tinggi, lagi 3,170 kes baharu, 41,755 kes aktif hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production