Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
PRK Kimanis: Armada optimis Warisan mampu tewaskan BN

PRK Kimanis: Armada optimis Warisan mampu tewaskan BN

BernamaJanuary 13, 2020 11:18 am




Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) optimis calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Karim Bujang mampu menewaskan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis 18 Januari ini.

Ketuanya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata berdasarkan prestasi kerajaan Sabah ketika ini, tidak ada sebab pengundi di Parlimen Kimanis akan menolak Warisan yang dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Banyak pembaharuan di Sabah sejak Warisan mengambil alih kerajaan negeri dan ini sudah tentunya memberi impak baik di Kimanis dan insya-Allah Warisan mampu memperoleh kemenangan yang baik.

“Saya juga sudah beberapa kali ke Kimanis dan saya lihat semua pihak bertungkus lumus membantu Warisan untuk menang,” katanya kepada pemberita selepas program Rapat Umum Kelantan bersama beliau di sini, malam tadi.

Pada PRK Kimanis 18 Jan ini, Karim, 67, akan dicabar calon BN Datuk Mohamad Alamin, 48.

Mengulas mengenai majlis itu, Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata Kelantan merupakan negeri pertama diadakan jelajah rapat umum itu sebelum ke seluruh negara selepas ini.

“Saya akan ke seluruh negara untuk bertemu anak-anak muda untuk mendengar suara mereka dan Armada akan menyusun gerakan yang lebih tersusun untuk tahun ini,” katanya.

Pada majlis itu, Syed Saddiq turut menjawab beberapa soalan mengenai situasi politik semasa menerusi sesi dialog.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

“Yang mana mau ikut, Menteri Kanan atau Menteri Wilayah”

Pemuda Umno edar ayam percuma dikecam, bimbang wujud ‘Kluster Ayam Beku’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production