Malaysia Dateline

PRK Kimanis: Calon Warisan anggap teriakan ‘Bossku’ penyakit gila ke-41

Mereka yang meneriakkan nama Najib Razak dengan panggilan ‘Bossku’ sebagai salah satu daripada penyakit gila, selar calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang.

Berucap pada Program Bengkel Kemahiran Menjahit sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.176 Kimanis di Bongawan, Kimanis, Karim hairan dengan sambutan luar biasa terhadap kehadiran Najib di Membakut, 4 Januari lalu.

Menurut Ketua Bahagian Warisan Kimanis itu, Najib sedang berdepan dengan salah laku rasuah di mahkamah.

“Kenapa seorang yang telah hampir terbukti melakukan kesalahan rasuah tapi masih dipanggil bossku.

“Bossku dia panggil, bila saya fikir-fikir, macam mana boleh begitu, saya berbalik kepada nasihat ibu kami.

“Dia selalu menasihati, ada 40 jenis gila, jadi yang teriak-teriak bossku itu dalam senarai gila yang ke-41,” kata bekas ADUN Bongawan (1990-2013) itu lagi.