Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
PRK Kimanis: Dakwaan lompat parti publisiti murahan pembangkang

PRK Kimanis: Dakwaan lompat parti publisiti murahan pembangkang

BernamaJanuary 8, 2020 1:40 pm




Dakwaan ahli Parti Warisan Sabah (Warisan) melompat parti menyertai Barisan Nasional (BN) baru-baru ini, hanyalah publisiti murahan dicetuskan pembangkang bagi meraih undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis, 18 Jan ini.

Calon Warisan bagi PRK Kimanis Datuk Karim Bujang berkata pengundi di kawasan itu dinasihatkan supaya tidak mempercayai pihak oportunis terbabit yang sering memainkan isu berkenaan semata-mata untuk memperoleh keuntungan politik.

Beliau berkata tidak masuk akal sekiranya ahli Warisan mahu menukar kesetiaan kepada parti pembangkang sedangkan parti tempatan Sabah itu kini memegang tampuk pemerintahan negeri dan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) di peringkat Persekutuan.

“Kenapa nak menyusahkan diri untuk menyertai parti pembangkang pada waktu PRK ini? (Ini kerana) apa pun yang berlaku (keputusan) pada PRK (ini) kerajaan yang dipilih semasa pilihan raya umum lalu akan berterusan sehingga pilihan raya (umum) seterusnya.

“Pendapat (cerita lompat parti) ini dipengaruhi ataupun dicernakan oleh ahli-ahli politik yang hanya memikirkan untuk mendapatkan keuntungan, kita harus berhati-hati,” katanya ketika ditemubual Bernama di di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan kononnya terdapat kalangan ahli Warisan yang mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO serta BN.

Mengulas lanjut, Karim berkata sebarang dakwaan mengenai isu melompat parti perlulah disokong dengan bukti kukuh dan bukanlah hanya dengan membawa kertas yang dipenuhi dengan senarai nama.

“Saya tidak mungkin mempercayai sekiranya mereka hanya membawa senarai nama. Bagaimana nak buktikan yang orang-orang tertentu ini telah berhijrah (ke parti lain).

“Buatlah secara berhemah serta bermaruah dan jangan hanya membawa kertas yang dipenuhi dengan nama menyatakan individu tertentu telah menyertai parti tanpa mempunyai bukti kukuh,” jelasnya.

PRK Kimanis bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Karim, 67, berdepan dengan calon BN, Datuk Mohamad Alamin, 48.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 18 Januari, manakala pengundian awal pada 14 Januari– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Pengguna tak puas hati KPDNHEP cuba nafi harga minyak masak naik

Lapan kluster masih aktif di Sarawak

Selangor peruntuk RM6 juta untuk ujian saringan bersasar Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production