Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
PRK Kimanis: Kamera video tidak jejas kerahsiaan undi, kata SPR

PRK Kimanis: Kamera video tidak jejas kerahsiaan undi, kata SPR

BernamaJanuary 15, 2020 11:04 am




Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan pengenalan penggunaan kamera video di saluran mengundi pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, 18 Jan ini tidak akan menjejaskan kerahsiaan proses undian.

Pengerusi SPR Datuk Azhar Azizan Harun berkata tujuan utama penggunaan kamera itu adalah untuk memastikan perjalanan proses undian lebih telus dengan meneliti proses tersebut daripada mula pengundi memasuki saluran sehingga selesai mengundi.

“SPR juga boleh meneliti semula rakaman video tersebut pada masa hadapan bagi tujuan menambah baik kualiti (proses undian) dan juga pengalaman pengundi mengundi.

Saya tidak rasa ada orang akan bimbang atau takut kerana kerahsiaan akan tetap dijaga setiap masa malah ejen calon juga masih berada dalam saluran tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama  pada Selasa.

Terdahulu dalam satu kenyataan hari ini, Azhar mengumumkan pengenalan kamera video itu semasa hari pengundian PRK Parlimen Kimanis sebagai satu usaha penambahbaikan untuk pilihan raya yang cekap dan telus.

Menurut Azhar kamera itu akan dipasang di semua 68 saluran terlibat dan akan dikendalikan oleh pegawai SPR.

Namun, susulan pengumuman itu, Pemuda UMNO Sabah dalam laporan media, membantah langkah SPR memasang kamera video itu kerana bimbang pemasangan kamera itu akan menakutkan pengundi untuk memilih calon masing-masing.

Mengulas lanjut, Azhar mempersoal tindakan pihak-pihak tertentu yang sering melihat sesuatu inisiatif baharu hanya daripada perspektif negatif.

Beliau berkata niat SPR dalam memperkenalkan inisiatif itu adalah bagi tujuan ketelusan dan bukan untuk menakut-nakutkan pengundi.

“(Rakaman video) ini juga membolehkan kita (menyemak) sekiranya ada tuduhan pengundi hantu, pengundi bertindih dan sebagainya. Kita boleh rujuk semula,” menurutnya.

PRK Parlimen Kimanis menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Karim Bujang dan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Dr Dzul, Saifudin dan Loke wakil PH dalam JK Bebas nilai Darurat

AMK sambut baik pakej rangsangan Kita Selangor

Wajibkan ujian saringan sebelum mahasiswa pulang ke kampus

Rintihan pekerja kilang dilanda Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production