Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
PRK Kimanis: Kerjasama Warisan, PH dan UPKO mampu bawa kejayaan

PRK Kimanis: Kerjasama Warisan, PH dan UPKO mampu bawa kejayaan

Oleh BERNAMAJanuary 5, 2020 7:12 am




Parti Warisan Sabah (Warisan) yakin kerjasama parti itu dengan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Pakatan Harapan (PH) akan memberi kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, 18 Jan ini.

Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata formula kerjasama itu sudah terbukti sebelum ini terutamanya ketika PRK Parlimen Sandakan pada 11 Mei 2019 dan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“(Kita) tidak harus selesa dan tidak perlu angkuh dengan cara kita (ketika berkempen). (Yang penting) kita perlu yakin untuk bawa perubahan kepada Sabah dan kita akan lakukan secara baik.

“Saya yakin kerjasama semua parti PH, sama ada Bersatu, PKR, DAP dan Amanah kita akan terjemahkan (dengan kemenangan),” katanya yang juga Ketua Menteri Sabah pada sidang media selepas proses penamaan calon PRK Kimanis semalam.

PH adalah rakan sekutu Warisan di Sabah bersama sebuah lagi parti tempatan, UPKO.

Terdahulu, Pegawai Pengurus PRK Kimanis [email protected] Etok mengumumkan PRK Kimanis bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Warisan dan Barisan Nasional (BN).

Warisan mempertaruhkan Ketua Bahagian Warisan Kimanis Datuk Karim Bujang, 67, yang akan ditentang calon BN, Datuk Mohamad Alamin, 48, yang juga Ketua Bahagian UMNO Kimanis.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi PRK Kimanis pada 18 Jan manakala hari pengundian awal pada 14 Jan.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Pengguna tak puas hati KPDNHEP cuba nafi harga minyak masak naik

Lapan kluster masih aktif di Sarawak

Selangor peruntuk RM6 juta untuk ujian saringan bersasar Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production