Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
PRK Kimanis: PBS tidak letak calon

PRK Kimanis: PBS tidak letak calon

MALAYSIADATELINEJanuary 3, 2020 5:10 pm




Pilihan Raya Kecil Kimanis mungkin menyaksikan pertandingan 1 lawan 1 antara Warisan dan Umno Sabah kerana Parti Bersatu Sabah (PBS) tidak akan bertanding pada 18 Jan nanti.

Presiden PBS, Maximus Ongkili berkata keputusan itu dibuat selepas mengkaji sentimen pengundi di kerusi Parlimen berkenaan.

Tetapi katanya, parti itu hanya akan menyokong calon pembangkang yang mahu memperjuangkan hak Sabah.

“Calon itu harus membantah dasar dan program yang menjejaskan keselamatan Sabah dan mengancam hak kerakyatan anak jati Sabah,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi PBS, seperti dipetik FMT hari ini.

 PBS mempunyai lebih 3,000 ahli di 60 cawangan Bongawan dan Membakut di bawah Parlimen Kimanis.

Kimanis mempunyai 29,644 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 42% Bumiputera Islam, 41% Bumiputera bukan Islam dan 6% Cina.

PBS dan Umno Sabah sebelum ini berunding mengenai kemungkinan meletakkan seorang calon di PRK itu.

Kelmarin, Umno mengumumkan bekas Adun Bongawan, Mohd Alamin sebagai calonnya di PRK Kimanis kerana PBS tidak akan bertanding di kerusi Parlimen itu.

Esok ialah hari pencalonan PRK Kimanis dan hari mengundi ditetapkan pada 18 Jan nanti.

Pada 25 Dis lalu, Ongkili dilaporkan berkata, PBS yang masih menilai situasi di Kimanis, mempertimbangkan untuk menurunkan calon di Kimanis kerana parti itu mempunyai sokongan di sana.

 Ahli Parlimen Kota Marudu itu berkata, terdapat kira-kira 6,000 hingga 8,000 pengundi di Kimanis yang tidak komited kepada Umno atau Warisan-Pakatan Harapan.

Ongkili berkata, PBS akan menyokong calon yang membantah pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) oleh Putrajaya.

“Bagi kami di PBS, PSS ialah ancaman utama kepada hak kewarganegaraan kita dan satu bentuk untuk menghalalkan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang menetap di Sabah, dan kemudiannya memberi kerakyatan kepada mereka yang akan menjejaskan punca pendapatan orang Sabah.”

Katanya, PBS akan menyuarakan sokongan secara terbuka kepada calon pilihan selepas penamaan calon.

Beliau berkata, PBS akan menggerakkan jentera pilihan rayanya pada Isnin depan dan parti itu akan menjadi penentu dalam PRK itu kerana ia mempunyai lebih 3,000 ahli aktif di Kimanis.

Ditanya jika Alamin memenuhi kriteria partinya, Ongkili berkata, pandangan calon Umno Sabah itu berhubung Pati dan hak Sabah ketika menjadi Adun Bongawan tidak sama dengan kriteria PBS.

“Tetapi, jelas kita akan sokong mana-mana parti atau individu yang menentang kerajaan sedia ada pimpinan Warisan.”

Mengenai kerjasama Umno Sabah dan PAS di bawah Muafakat Nasional, Ongkili berkata, terlalu awal untuk menyertai kerjasama itu.

“Ada banyak dasar yang perlu ditambah baik, tetapi idea Muafakat Nasional, kami akan ambil masa untuk menentukannya.”

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Muhyiddin digesa sahkan kesahihan surat projek bina dewan RM35 juta

Polis tidak kompromi, penganjur edar ayam beku didenda

Darurat: Penting untuk pembangkang sertai JK Khas sebagai semak dan imbang

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production