Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
PRK Kimanis: SPR pasang 68 kamera video di saluran mengundi

PRK Kimanis: SPR pasang 68 kamera video di saluran mengundi

AKMAL MANAFJanuary 14, 2020 11:04 am




 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memperkenalkan penggunaan kamera video di 68 saluran mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis, Sabtu ini.

Menurut Pengerusinya, Datuk Azhar Azizan Harun, penggunaan kamera video tersebut adalah salah satu usaha penambahbaikan untuk pilihan raya yang cekap dan telus.

“Penggunaan kamera video ini adalah untuk rakaman keadaan dalam saluran dan memudahkan SPR untuk menyemak semula proses pengundian dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Ia dipasang di semua 68 saluran dan akan dikendalikan oleh pegawai SPR. Rakaman tersebut juga akan digunakan sebagai pemantauan kualiti dan rujukan untuk tujuan latihan dan penambahbaikan proses pilihan raya akan datang.

“Kami ingin memaklumkan bahawa dengan penggunaan kamera video di semua saluran, ia tidak akan sama sekali menjejaskan kerahsiaan pengundian memandangkan kamera ini dipasang jauh dari petak undi dan kehadiran ejen calon di tempat mengundi adalah dikekalkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PRK Kimanis yang akan diadakan pada Sabtu ini, menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH)-Warisan (Datuk Karim Bujang) dan Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Perintah darurat Muhyiddin kerana politik bukan tangani COVID-19, kata Najib

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Terkini

MP gesa MKN kaji semula SOP benarkan berniaga selepas 8 malam

‘Serang’ pimpinan kerajaan pintu belakang bukan pegawai kerajaan

“Exco Perlis tolong tengok jalan dah setahun rosak”

Seluruh Sarawak PKPB kecuali Sibu PKP bermula hari ini

Rakyat tidak mahu tindakan yang menghakis sistem demokrasi berparlimen

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production