Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
PRK Kimanis: Warisan tidak janji ‘bulan, bintang’

PRK Kimanis: Warisan tidak janji ‘bulan, bintang’

Oleh BERNAMAJanuary 11, 2020 3:56 pm




Parti Warisan Sabah (Warisan) tidak menjanjikan ‘bulan dan bintang’ sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis yang sedang berlangsung sekarang, sebaliknya menerangkan hala tuju dan perancangan kerajaan negeri demi pembangunan rakyat dan Sabah.

Timbalan Presidennya Datuk Jaujan Sambakong berkata sebagai parti pemerintah, Warisan merangka pelbagai inisiatif sepanjang tempoh lebih setahun mentadbir Sabah merangkumi sektor perindustrian dan pendidikan yang turut menitikberatkan kemaslahatan rakyat, termasuk di Kimanis.

“Sejak Warisan mengambil alih kerajaan Sabah, kita sudah ada perancangan dalam pelbagai sektor yang menjurus kepada pembangunan ekonomi dan modal insan termasuk usaha mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

“Kita tidak ada janji baharu (pada PRK Kimanis) sebab kita mahu manifesto Warisan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) direalisasikan. Kita sedang menyusun semula pentadbiran kerajaan Sabah bagi memperkasa lagi sistem penyampaian perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas program bertemu rakyat di Kampung Bandau, Membakut, Jumaat malam.

Mengulas lanjut, Jaujan yakin Warisan mampu meraih kemenangan pada PRK Kimanis berdasarkan sokongan rakyat di kawasan itu yang semakin meningkat sejak gerak kerja kempen dimulakan selepas proses penamaan calon pada 4 Jan lepas.

“Kita cukup yakin kestabilan kerajaan hari ini tidak akan tergugat. Kita akan teruskan perkhidmatan kepada rakyat kerana pada PRU14, rakyat sudah pun memberi mandat untuk menukar kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Umno dan BN sudah ditolak rakyat pada PRU14 kerana mereka gagal melaksana tanggungjawab ketika berkuasa di Sabah,” kata Jaujan yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya Warisan pada pilihan raya kecil berkenaan.

Beliau, bagaimanapun mengingatkan jentera parti supaya terus menyusun strategi menambat hati rakyat Kimanis untuk menyokong seterusnya mengundi calon Warisan Datuk Karim Bujang pada 18 Jan ini.

PRK Parlimen Kimanis menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Karim dan calon BN Datuk Mohamad Alamin.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 18 Jan dan hari pengundian awal pada 14 Jan.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Covid-19: Apa Muhyiddin dapat buat dengan kuasa mutlaknya, soal Mahathir

Menteri Pendidikan tiada kepimpinan, bimbang wujudnya ‘generasi ketinggalan’

Keazaman untuk tidak berubah (Bahagian 1)

Mahfuz desak kerajaan perjelas isu projek rundingan terus lebih RM100 juta

Rakyat kecam Muhyiddin ulang apa yang dibentang dalam Belanjawan 2021

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production