PRK PD: Isa Samad pencabar terdekat Anwar

PRK PD: Isa Samad pencabar terdekat Anwar

Antara semua calon yang bertanding, kajian Ilham Centre menunjukkan calon bebas Tan Sri Isa Samad merupakan pencabar terdekat calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim di PKR Port Dickson yang akan berlangsung esok.

Menurut kajian tersebut, meskipun beliau bertanding sebagai calon bebas dan tidak membawa obor Umno-BN, Isa Samad jelas masih mempunyai pengaruh yang kuat di terutama di DUN Bagan Pinang dan DUN Linggi.

“Pengaruh kekeluargaan, sentimental hubungan peribadi antara beliau dan pengundi serta elemen politik ‘balas budi’ sangat kuat di dua kawasan ini,”katanya dalam satu kenyataan.

Pusat kajian itu juga menjelaskan majoriti responden terutama kalangan warga emas dan veteran Umno yang ditemui bersetuju Isa Samad telah banyak menyumbang bakti dan berjasa membangunkan kawasan mereka semasa menjadi Adun Bagan Pinang dan Menteri Besar Negeri Sembilan.

Namun, katanya, Isa kehilangan undi Cina dan India tetapi pola pengundi bukan Melayu jelas masih memihak dan kekal dengan Pakatan Harapan dalam pilihanraya kali ini.

“Penolakan terhadap calon selain daripada Pakatan Harapan masih kuat. Oleh itu, calon selain daripada Anwar Ibrahim bergelut dan seolah-olah berputus asa untuk memenangi hati pengundi bukan Melayu,” kata kajian itu.

Isa Samad katanya, bakal kehilangan undi saluran muda dan sebahagian ahli parti Umno apabila beliau mengisytiharkan keluar Umno dan menjadi calon bebas.

“Pola pengundian pengundi muda di bawah 40 tahun tidak berkongsi nilai sentimental terhadap Isa Samad sepertimana generasi sebelumnya.

“Anak muda Umno kelihatan hilang arah dalam pilihanraya kali ini. Imej Isa Samad yang terpalit dengan skandal dan kegagalan pemimpin Felda melatari imej negatif di kalangan pengundi muda terhadap beliau,”ujarnya.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS