PRK Rantau: Kemiskinan, pengabaian rakyat pendekatan kempen PH, kata Anwar

PRK Rantau: Kemiskinan, pengabaian rakyat pendekatan kempen PH, kata Anwar

Presiden Pakatan Harapan (PH ) Datuk Seri Anwar Ibrahim  optimis dengan barisan jawatankuasa jentera pilihan raya yang akan memimpin kempen di seluruh negari bag memastikan calon PH Dr S Stream  menang  dalam  Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Rantau.

Katanya , pendekatan yang akan digunakan oleh jawatankuasa jentera pilihan raya untuk menarik pengundi di Rantau, lebih menekankan kepada pendekatan untuk rakyat berbanding  calon BN  yang pastinya memainkan isu kaum dan agama.

” PH akan melakukan sedaya upaya untuk memastikan kemenangan,

“Kebimbangan Melayu kita sedar. Tapi masalah lebih besar  ialah kemiskinan, pengabaian dan golongan miskin India dan Cina.

“Bagi saya adalah lebih munasabah kita bagi pendekatan untuk rakyat yang tersisih, terbiar dan miskin daripada pendekatan kaum yang kita sudah lakukan empat hingga lima puluh tahun tetapi telah memberi manfaat hanya kepada kelompok kecil rakyat,” ujarnya ketika ditanya media sidang media di ibupejabat PKR di Petaling Jaya petang ini.

Melihat kepada Rantau beliau berkata untuk menjadikan kayu ukur kemenangan PH Dun Rantau kali ini, adalah di Parlimen Port Dickson dalam PRU14 lalu bukannya  pada kekalahan PH  pada dua PRK di Cameron Highlands atau Semenyih lepas.

Dalam sidang media sama , Anwar turut memaklumkan menerusi Mesyuarat Majlis Presiden PH pada 9 Mac lalu, beliau diberikan mandat untuk mengumumkan jawatankuasa kerja pilihanan raya bagi PRK Dun Rantau.

Beliau berkata menerusi hasil mesyuarat itu PH mahu jentera pilihan raya lebih merupakan jentera PH.

Pengarah Pilihan Raya adalah Menteri Besar merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Presiden PH Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.

Di peringkat Pusat akan dikelolakan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden AMANAH Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Manakala di peringkat negeri akan melibatkan secara langsung Naib Presiden PKR Tian Chua, Setiausaha DAP Johor Anthony Loke, Naib Presiden DAP M. Kulasegaran, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 13 April ini sebagai hari mengundi bagi PRK Dun Rantau.

Hari penamaan calon pada 30 Mac sementara hari mengundi awal pada 9 April.

Tempoh berkempen yang ditetapkan adalah 14 hari bermula selepas penamaan calon sehingga pukul 11.59 malam pada 12 April ini.