Malaysia Dateline

Lim Kit Siang has continued to keep the pressure on the Najib administration over the 1MDB

PRK Sandakan buktikan Umno tidak lagi relevan di Sabah

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, kemenangan Pakatan Harapan (PH) di Sandakan dalam pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung semalam menunjukkan bahawa Umno tidak lagi relevan di Sabah.

Menurut beliau, apa yang dikatakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal, salah seorang arkitek kemenangan bergaya DAP itu adalah benar bahawa pengundi-pengundi mengesahkan bahawa mereka memilih Warisan untuk menerajui Sabah dan Umno tidak lagi relevan di sana.

Ujar Kit Siang, PRK Sandakan juga merupakan pengesahan terhadap penerimaan kerajaan PH di Putrajaya sekali gus menunjukkan bahawa gabungan kerjasama Umno-Pas jelas tidak relevan dalam misi membina Malaysia yang bertaraf dunia.

Paling penting sambungnya, pengundi-pengundi menolak kempen “Malu Apa Bossku” oleh Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang melawat beberapa pusat mengundi di Sandakan semalam.

“Amat menyedihkan, pada saat rakyat di Sandakan yang hebat, tanpa mengira agama dan kaum memilih untuk mengundi Malaysia Baharu, Sabah Baharu dan Sandakan Baharu, pemimpin-pemimpin Umno masih bergelumang dengan politik perkauman dan agama yang merosakkan serta memisahkan,” tulis beliau dalam blognya.