PRK Semenyih: Seramai 858 mengundi awal hari ini

PRK Semenyih: Seramai 858  mengundi awal hari ini
Sebahagian daripada anggota polis yang telah menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengundi awal hari ini.

Seramai 858 pengundi awal  keluar membuang undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Semenyih hari ini di tiga pusat mengundi yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya  (SPR),.,

Daripada junmlah itu seramai  858 daripada 951 anggota Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan akan menunaikan tanggung jawab mereka pada Selasa di dua pusat mengundi awal.

Manakal seramai 761 orang akan mengundi di Dewan Serbaguna Batallion 4 PGA Semenyih manakala 97 lagi akan mengundi di Discress Room, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Salah seorang anggota polis yang membuang undi di IPD Kajang pagi ini.

Sebahagian lagi iaitu 93 orang pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis PGA telah mengundi secara pos.

Pusat pengundian awal dibuka mulai jam 8 pagi hingga 5 petang ini. Manakala pusat mengundi di Discress Room IPD Kajang akan ditutup pada jam 2 petang.

Proses pengundian awal itu akan disaksikan oleh setiap ejen calon yang bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih.

Di samping itu, pemerhati Pilihan Raya daripada wakil organisasi serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan turut menyaksikan proses tersebut.

SPR dalam kenyataan sebelum ini berkata kertas-kertas undi awal tidak akan dikira di tempat mengundi pada hari ini, sebaliknya peti-peti undi awal akan disimpan di beberapa lokap balai polis.

Pada hari pengundian iaitu pada 2 Mac ini, peti-peti undi awal tersebut akan dibawa ke pusat pengiraan undi berkelompok yang ditetapkan SPR untuk pengiraan dengan disaksikan oleh ejen calon masing-masing.

Pemerhati pilihan raya yang dilantik juga akan dibenarkan untuk memerhati proses pengiraan itu.

PRK Semenyih akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan Muhammad Aiman Zainali, calon Barisan Nasional Zakaria Hanafi, calon Parti Sosialis Malaysia Nik Aziz Afiq Abdul dan calon Bebas Kuan Chee Heng.

PRK Semenyih diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, 57 tahun, yang merupakan Ketua Bersatu Bahagian Hulu Langat pada 11 Jan lepas akibat serangan jantung.

Anggota PGA selepas membuang undi di Taman Pelangi Semenyih.