PRK Seri Setia: Pas yakin bina gelombang kebangkitan rakyat di Selangor

PRK Seri Setia: Pas yakin bina gelombang kebangkitan rakyat di Selangor

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas yakin akan dapat membina gelombang kebangkitan rakyat di Selangor bermula di Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia.

Beliau berkata demikian ketika berucap kepada penyokong-penyokong Pas pada hari penamaan calon PRK Seri Setia semalam.

Dalam ucapannya itu, beliau turut mengucapkan terima kasih atas semangat yang ditunjukkan oleh Umno yang bertungus lumus ingin melihat kemenangan calon Pas di Seri Setia.

“Sokongan yang diberi dengan seluruh kekuatan jentera parti, bagi pihak Pas, kami ucapkan terima kasih,” kata beliau diiringi sorakan penyokong parti.

Selain itu, beliau menyeru seluruh petugas parti supaya menjaga peraturan serta tidak menimbulkan perkara-perkara tidak diingini sepanjang tempoh berkempen di PRK itu.

Tuan Ibrahim juga mengingat anggota parti supaya merujuk sumber parti untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung perjalanan PRK tersebut.

Pas meletakkan Dr Halimah Ali sebagai calonnya di Seri Setia yang akan berhadapan dengan calon Pakatan Harapan (PH) Halimey Abu Bakar dalam pertembungan satu lawan satu.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote
CATEGORIES