Malaysia Dateline

PRK Slim: Calon BN mendahului dengan majoriti 9,491 undi

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan setakat jam 7.30 malam ini, calon BN di PRK Slim Zaidi Aziz telah mendahului dengan majoriti sebanyak 9,491 undi.

Zaidi mendapat jumlah undi sebanyak 11,352 undi mengatasi dua calon bebas iaitu Amir Khusyairi dan Santharasekaran yang masing-masing setakat ini mendapat 1,861 dan 242 undi.

Proses pengiraan undi PRK N.58 Slim dijalankan di Dewan Sri Tanjung Majlis Daerah Tg. Malim.

Seramai 22,749 pemilih berdaftar layak mengundi di Pilihan Raya Kecil Slim yang berlangsung hari ini bagi menentukan wakil rakyat mereka.

Pengundian yang berlangsung dalam kebiasaan baru ekoran penularan wabak COVID-19 membabitkan 12 pusat mengundi dengan 54 saluran yang dibuka mulai 8 pagi hingga 5.30 petang.

PRK DUN Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional, Mohd Zaidi Aziz, 43, dan dua calon Bebas iaitu peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang belum didaftar secara rasmi serta bekas guru, S Sentharasekaran, 44 tahun.