Malaysia Dateline

PRK Slim: Setakat jam 12 tengah hari baru 39 peratus keluar mengundi

Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim yang sedang berlangsung menyaksikan 39 peratus keluar mengundi setakat jam 12 tengah hari.

Seramai 22,749 pemilih berdaftar layak mengundi di Pilihan Raya Kecil Slim yang berlangsung hari ini bagi menentukan wakil rakyat mereka.

Norma baharu

Pengundian yang berlangsung dalam kebiasaan baru ekoran penularan wabak COVID-19 membabitkan 12 pusat mengundi dengan 54 saluran yang dibuka mulai 8 pagi hingga 5.30 petang.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan kira-kira 70 peratus pemilih akan keluar mengundi pada hari ini.

Keputusan dijangka diumum pada 10 malam ini.

Selesai menjalankan tanggungjawab

PRK DUN Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional, Mohd Zaidi Aziz, 43, dan dua calon Bebas iaitu peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang belum didaftar secara rasmi serta bekas guru, S Sentharasekaran, 44 tahun.