Malaysia Dateline

Muhyiddin Yassin

PRK Tanjung Piai: Muhyiddin mahu calon PH prihatin isu rakyat

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin menggariskan sekurang-kurangnya lima perkara yang perlu diberi tumpuan oleh calon Pakatan Harapan (PH) dii Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Beliau berkata lima perkara berkenaan adalah keperluan untuk menumpukan masalah ekonomi rakyat di mana wakil itu sekiranya dipilih rakyat perlu membantu menangani isu kos sara hidup penduduk.

“Kerajaan pusat sedang menguruskan isu kos sara hdup. Antara yang kita laksanakan adalah menurunkan harga di musim perayaan seperti perayaan Deepavali hari ini.

“Wakil itu perlu memikirkan bagaimana mahu meningkatkan keselesaan hidup rakyat seperti isu berkenaan pencemaran alam dan sungai yang mesti kita bantu supaya dapat terapkan kehidupan penduduk dalam keafaan selamat.

“Banyakkan juga rumah mampu milik bukan mampu lihat. Jika ada syarikat swasta yang nak bekerjsama elok kita banyakkan kos rumah sederhana dan mampu milik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa Majlis Memperkenalkan Calon dan Pelancaran Jentera PRK Tanjung Piai di Pontian hari ini.

Turut hadir Timbalan Presdien AMANAH Datuk Seri Salahuddin Ayub, Pengerusi AMANAH Johor Aminolhuda Hassan dan Ketua Srikandi Bersatu Datuk Seri Rina Harun.

Menjelaskan taraf kesihatan penduduk, Muhyiddin berkata program rawatan kesihatan amat diperlukan penduduk kawasan itu yang perlu diberi perhatian.

“Saya dimaklumkan ada program beri rawatan kesihatan. RUpa-rupanya hanyak penduduk tak berada sihat.

“Wakil kita perlu meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan. Pihak swasta yang boleh bantu kita harus galakkan.

“Selain itu kita perlu wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk anak muda agar tiada antara mereka yang bekerja dengan pendapatan kecil. Sekiranya tak ada latihan dan kemahiran, ktia wujudkan latihan,” ujarnya.

Dengan itu katanya tumpuan yang diberikan akan dapat menjamin masa depan penduduk dengan lebih baik dan terjamin.

Jelasnya lagi, Tanjung Piai memerlukan pembangunan pesat di mana salah saatu bidang pembangunan yang berpotensi besar termasuklah industri pelancongan.

Maka disebabkan itu katanya, rancangan pembangunan masa hadapan Tanjung Piai dan untuk Pontian secara amnya memerlukan perancangan yang tersusun oleh wakil yang tepat yang akan dipilin oleh rakyat dalam membangunkan kawasan tersebut

Har ini PH mengumumkan Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai Karmaine Sardini sebagai calon PRK Tanjung Piai pada 16 November depan. Dijangka akan berlaku pertandingan tiga penjuru  antara calon BN dan Gerakan.