Malaysia Dateline

PRM dakwa Kementerian Pendidikan tumpu kepada kaum dan agama merangka sistem pendidikan

Sistem pendidikan yang terlalu memacu kepada perkauman dan agama, akan jauh keterbelakang berbanding sistem pendidikan di negara jiran, kata Ketua Penerangan Parti Rakyat Malaysia (PRM) Tan Kang Yap.

Beliau berkata,rakyat sangat mengharapkan penambahbaikan dan menaikkan taraf sistem pendidikan yang boleh membantu kualiti pengajaran dan pembelajaran agar sekurang-kurangnya setanding dengan negara maju.

“Bukan satu perubahan yang remeh-temeh yang tidak membawa manfaat secara umumnya kepada sistem pendidikan yang tercenderung membangkit perbalahan rakyat.

“Dengan pendekatan pengajaran tulisan jawi dan khat di sekolah jenis kebangsaan (SJK) oleh Kementerian Pendidikan tanpa memikirkan sama ada kurikulum tersebut akan membantu meningkatkan penguasaan pelajar terhadap bahasa Melayu.

“Sedangkan masih ramai pelajar – pelajar Melayu yang belum tentu lagi mahir dengan tulisan jawi. Beliau sepatutnya menumpu pada menangani kelemahan dalam sistem pendidikan negara termasuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam Bahasa Kebangsaan
“Keseluruhannya. dalam suatu pembelajaran, tahap kognatif seseorang pelajar amat penting dan adakah ia dibebani oleh matapelajaran-matapelajaran yang begitu banyak?,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Tan berkata, keputusan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menjadikan Dong Zong mempertahankan hak memurtabatkan bahasa ibundanya mengikut peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan supaya sekolah Cina kekal pada keadaan asalnya ( status quo) sedangkan badan-badan dan organisasi-organisasi yang betul-betul rasis terlepas begitu sahaja.

“Kalau Dr Mazlee sendiri tidak terdaya menambahbaik dan menaik taraf sistem pendidikan yang kian merosot, baik mengundur diri secara sukarela sebelum ia menjadi punca yang memecahbelahkan rakyat dan merosakkan keharmonian negara.

“Banyak lagi masalah – masalah ekonomi politik dan penunaian janji-janji manifesto yang bakal menunggu penyelesaian daripada kerajaan Pakatan Harapan,” ujarnya.

Beliau merujuk kepada keputusan Kementerian Pendidikan sebelum ini yang memperlihatkan sebagai puncanya kekecohan dan perbalahan antara rakyat majmuk yang tidak bersetuju dengan perubahan yang ingin dilaksanakan oleh kementerian itu.

“Kementerian Pendidikan sering kali terjerumus kepada perkara-perkara yang remeh-temeh seperti pertukaran kasut putih kepada hitam, murid-murid digalakkan belajar berenang di hotel-hotel, menubuhkan perpustakaan di stesen petrol, menambahkan bilangan pelajar matrikulasi yang memakan belanja yang banyak tanpa mengendahkan ia dapat menampung pelajar yang cukup berkelayakan,

“Cadangan memaksa peniaga Cina mengambil graduan yang tidak arif dengan Bahasa Cina tanpa memikirkan ia boleh atau tidak membawa keperluan kepada perniagaan mereka dan merampas kebebasan prerogatif peniaga membuat keputusan yang lebih waras,” ujarnya.