Malaysia Dateline

PRM pertikai PM lantik Latheefa Koya

Parti Rakyat Malaysia (PRM) melahirkan rasa kekesalan dengan keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohama  meelantik Latheefa Beebi Koya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Ketua Penerangannya Tan Kang Yap berkata, walaupun parti tidak menyangkal keupayaan Peguam dan Pengarah Eksekutif Lawyer For Liberty namun berpendapat melantik pegawai dalaman tanpa berlatarbelakangkan mana-mana parti serta pengalaan adalah lebih wajar.

Latheefa Beebi Koya

“Apa yang lebih membimbangkan keburukan-keburukan yang bakal diundang kelak selepas perlantikan tersebut.

“Meskipun Latheefa menegaskan beliau telah melucutkan keahlianya dalam Parti Keadilan Rakyat, namun dengan latarbelakang parti yang menerajui kerajaan, tidak dapat menafikan ia melibatkan perlantikan politik.

“Berbanding dengan beberapa perlantikan politik sebelum ini, Pakatan Harapan (PH) telah bercanggah dengan beberapa perjanjian manifestonya,” ujarnya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya lagi PH juga berjanji perlantikan ahli-ahli SPRM akan ditentukan oleh Parlimen secara demokratik, agar ia lebih berdikari dan pentadbiran yang lebih bebas.

Bagaimanapun dengan pelantikan Latheefa, ujarnya lagi, beliau wajib membuat laporan kepada perdana menteri.

“Ini telah bercanggah dengan perjanjian manifesto PH sebelum ini. Pada masa yang sama, ia juga menjejaskan amanah SPRM, samada ia dapat menjalankan tindakan anti rasuahnya secara adil tanpa was-was? Ini termasuk dengan penyaisatan khabar-khabar angin Tun Mahathir yang juga terjerat dengan tuduhan rasuah.

“Kami menguathiri perlantikan Latheefa adalah berdasarkan agenda politik, jauh lebih daripada kepentingan rakyat, sehingga menghindari perjalanan politik yang lebih bersih.

“Imej Tun Mahathir yang autokratik, jemaah menteri yang mempersetujui secara mendiamkan diri, kian mempercepatkan jalanan ke arah kemuflisan kebolehpercayaan PH, ” ujarnya.