PRM umum tanding 4 Parlimen, 18 Dun di Pulau Pinang

PRM umum tanding 4 Parlimen, 18 Dun di Pulau Pinang

Parti Rakyat Malaysia (PRM) mengumumkan akan bertanding di empat kerusi Parlimen dan 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum (PRU)ke-14

Pengumuman dibuat oleh Presidennya, Ariffin Salimon, dalam satu sidang media di Butterworth hari ini.

Ariffin berkata, empat kerusi Parlimen tersebut iaitu Tasek Gelugor, Nibong Tebal, Bagan dan Batu Kawan.

Bagi kerusi Dun pula, calonnya akan bertanding di Permatang Berangan, Penaga, Telok Air Tawar, Sungai Puyu, Bagan Dalam dan Bagan Jermal.

Selain itu, PRM juga diturunkan di Berapit, Machang Bubok, Padang Lalang, Perai, Bukit Tengah dan Bukit Tambun.

Di bahagian pulau pula, calon PRM akan bertanding di Tanjung Bungah, Pengkalan Kota dan Bayan Lepas.

Sementara itu, Setiausaha Agung PRM, Koh Swe Yong berkata PRM bukanlah sebuah parti baharu; ia telah lama bertapak di negara ini iaitu sejak 62 tahun lepas.

Katanya, PRM bertanding kerana mahu bertindak sebagai sebuah parti pembangkang yang akan menjadi ‘check and balance’ kepada kerajaan.

Tambahnya, PRM bukan mahu bertanding untuk memecah-belahkan undi sebaliknya mempunyai matlamat dan tanggungjawab untuk meneruskan misi parti itu yang belum tercapai.

Dalam masa sama, Koh menegaskan parti itu tidak ditaja mana-mana parti politik dan bergerak atas dana sendiri untuk PRU14 ini seperti dilaporkan Astroawani.

CATEGORIES