Malaysia Dateline

PRN Johor: 40 peratus keluar mengundi setakat jam 2.00 petang

Setakat jam 2.00 petang tadi sebanyak 40 peratus pengundi di Johor telah menunaikan tanggungjawab mereka lapor Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengundi mula beratur di pusat mengundi seawal 7 pagi tadi, walaupun pengundian dibuka secara rasmi pada pukul 8 pagi.

PRN Johor: 40 peratus keluar mengundi setakat jam 2.00 petang
Pengundi muda teruja berpeluang memilih pada hari ini

Sebanyak 1,021 pusat pengundian dibuka bagi membolehkan 2,539,606 pengundi biasa pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Pada PRN kali ini, seramai 239 calon daripada 15 parti politik akan bertanding merebut 56 kerusi DUN.

Kebanyakan pusat mengundi akan ditutup pada 4 petang hari ini.

Sebanyak 15 pusat mengundi pula akan ditutup pada 2 petang, manakala 41 pusat mengundi ditutup pada 4 petang.

Pusat mengundi yang mempunyai satu atau dua saluran pula akan ditutup lebih awal seperti yang diwartakan iaitu Balai Raya Pulau Besar di Mersing ditutup pada 11 pagi, Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pemanggil, Mersing pada 1 tengah hari.