Malaysia Dateline

PRN Johor: “Cukuplah main politik zaman nenek moyang, sekarang canggih maklumat hujung jari”

Isu calon luar di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukanlah isu yang relevan pada era teknologi serba canggih dan maklumat dihujung jari.

Sebaliknya pemimpin yang wajar dipilih di dalam PRN itu nanti adalah pemimpin yang kuat bekerja tanpa mengira waktu, masa dan tempat.

Terkini, calon Dun Mahkota Taqiuddin Cheman dituduh sebagai ‘calon luar’ yang tidak layak diundi dalam PRN Johor Sabtu ini.

“Tak sangka, dalam era teknologi yang makin canggih dan maklumat hanya di hujung jari isu calon tempatan atau tak masih dimainkan. Termasuklah penyokong Najib Razak yang setiap hari main FB tu.

PRN Johor: "Cukuplah main politik zaman nenek moyang, sekarang canggih maklumat hujung jari"
Calon Pakatan Harapan DUN Mahkota Taquiddin Cheman

“Bagi saya, isu samada calon luar atau tempatan dah jadi sangat tidak relevan. Dalam pilihanraya, kita nak pilih pemimpin yang boleh bekerja tanpa mengira waktu dan tempat,”tulis seorang peguam Muhammad Fadzil di facebooknya.

Merujuk kepada calon Pakatan Harapan itu, beliau berkata, sebagai wakil rakyat ada kala diperlukan berada di kawasan, dan ada waktunya beliau perlu berada di luar kawasan.

Dewan Undangan Negeri misalannya yang terletak di ibu negeri, yang sesetengahnya amat jauh daripada kawasan sendiri.

“Begitu juga sekiranya wakil rakyat di kawasan kita itu dilantik pula sebagai Exco Kerajaan Negeri. Lagilah banyak masa beliau akan berada di luar kawasan bukan?” soalnya.

Justeru katanya, isu calon tempatan atau bukan ini amat-amat tidak relevan dan ketinggalan zaman.

“Contohnya sahabat saya inilah. Walaupun beliau adalah ADUN di Pulai Sebatang sebelum ini, namun khidmat baktinya melangkaui kawasan yang beliau diberikan amanah.

“Semasa berlaku banjir di daerah Kluang pada Januari tahun 2021 lepas, beliau antara YB terawal turun membantu khusus di Mahkota sendiri.

“Mana ‘orang tempatan’ yang tuduh beliau sebagai orang luar ketika banjir berlaku itu?

“Cukup-cukuplah bermain politik seperti di zaman nenek moyang kita. Nah, kalau ada yang nak tahu lebih lanjut pasal prestasi sahabat saya ni selaku ADUN Pulai Sebatang dahulu, rajin-rajinlah jenguk FB rasmi beliau yang saya tag di atas,” katanya lagi.

Taqiuddin Cheman ternyata tidak ambil kisah dengan kempen ‘jangan pilih calon luor’ seperti yang dijaja calon BN, Datuk Sharifah Azizah Datuk Syed Zain.