Malaysia Dateline

PRN Melaka: BN 21, PH 5, PN 2

BN memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi manakala Pakatan Harapan (PH) lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan keputusan rasmi itu pada sidang media jam 11.30 malam tadi.

Sementara itu, tiada kerusi dimenangi oleh calon Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) dan Bebas.

PH hanya menang di DUN Bandar Hilir, Kota Laksamana, Ayer Keroh, Kesidang dan Bukit Katil.

Empat daripada kerusi itu diwakili calon DAP, manakala kerusi Bukit Katil dimenangi wakil AMANAH, Adly Zahari.

Seramai 326,068 pemilih keluar mengundi meliputi pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos.

Untuk rekod, Putra meletakkan lima calon dalam PRN Melaka iaitu di DUN Pengkalan Batu, Paya Rumput, Sungai Rambai, Gadek dan Duyong.

Iman pula meletakkan calon tunggalnya, seorang ahli perniagaan, Abdul Aziz Osani Kasim, 52, di kerusi DUN Machap Jaya.

LANJUT MENYUSUL