Malaysia Dateline

PRN Melaka pada 20 November – SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah pada 8 November (Isnin).

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, undi awal akan dilakukan pada 16 November manakala tarikh mengundi bagi pengundi Melaka pada 20 November iaitu Sabtu.

“Daftar pemilih terkini yang dikemaskini sehingga 3 Oktober 2021 diguna pakai dengan 495,196 pengundi.

“Sasaran keluar mengundi sebanyak 70 peratus,” katanya dalam sidang media hari ini.