PRN Melaka: Pengiktirafan rakyat Umno bebas korupsi, punya kredibiliti moral?

Oleh NASUHA RAHMAN

Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah memuktamadkan bahawa Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa dengan kerusi majoriti dua pertiga (Umno 18; MCA 2; MIC 1). Pakatan Harapan (PH) dan Periktan Nasional (PN) bukan menjadi pilihan rakyat Melaka.

Keadaan ini menunjukan keputusan pilihan raya umum 14, yang membolehkan PH mengambil alih pentadbirana negeri Melaka, hakikatnya seolah-olah tidak begitu terkesan dalam mempengaruhi proses pengundian PRN Melaka kali ini. Pentadbiran PH di Melaka tidak menjadi sesuatu yang bersifat nostalgik, keadaan ini mendorong kepada majoriti undi kepada BN.

Pentadbiran PH selama 22 bulan tidak mempunyai impak ke atas pemikiran, emosi dan tingkah laku psikologi rakyat Melaka. Keputusan PRN lebih menjurus kepada usaha untuk mengesahkan bahawa Umno atau dalam konteks ini gabungan politik BN, masih merupakan parti politik yang relevan dalam realiti masyarakat Melaka, sekali gus, walau apa alasan pun, menafikan akan kewajaran politik PH mahu pun PN.

Merujuk kepada tema kempen yang dianjurkan oleh parti-parti yang bertanding, BN, menampilkan “Kestabilan dan Kemakmuran,” manakala PH, mengemukakan “Maju Bersama Harapan.”

Perikatan Nsional (PN), bermain sentimen “Abah Sayang Melaka,” di antara ketiga-tiga tema kempen ini, tema kempen BN dan PH bersifat lebih dinamik, berfokuskan matlamat politik dan minda sintesis, ini tentunya menjadi asas kepada hala tuju falsafah pentadbiran yang dihasratkan.

Berhubung dengan tema kempen PN, umumnya lebih bersifat personal morality tidak berprinsipkan nilai pentadbiran yang bersifat deep truth. Berdasarkan ketiga-tiga tema kempen ini, tema BN dan PH adalah bersifat profesional, rasional dan berorientasi strategi pencapaian, pendekatan dan kaedah dalam realiti pengurusan dan pentadbiran.

Berdasarkan keputusan PRN Melaka, seolah-olah rakyat Melaka tidak merestui akan kemenangan PH dalam PRU 2018, corak serta pendekatan pentadbiran yang dilakukan oleh PH, tidak mendapat penilaian secara objektif dan signifikan oleh rakyat Melaka.

Kemenangan Umno (BN), memperlihatkan bahawa apa pun isu moral yang dikaitkan dengan Umno (BN) bukan merupakan perkara utama yang menjadi pertimbangan pengundi, rakyat Melaka. Fokus utama pengundi adalah untuk meyakinkan bahawa Umno perlu diberikan peluang untuk berkuasa kembali.

Namun hakikatnya pandangan ini juga dapat dirumuskan sebagai sesuatu yang bersifat subjektif, memandangan jumlah pengundi yang keluar mengundi hanya dapada kadar 66 peratus berbanding 85 peratus dalam PRU 2018.
Keadaan ini tentunya sedikit sebanyak menjejaskan mobilisasi undi terhadap PH. Bagaimana pun majoriti undi tertinggi yang direkodkan di Kota Laksamana, 11,494 merupakan majoriti undi yang diperolehi oleh calon PH. Sungguh pun begitu mobilisasi undi ini tidak bersifat menyeluruh, menjadi faktor kepada kekalahan PH dalam PRN Melaka.

Berdasarkan kadar pengundian yang rendah, mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor semasa, situasi pendemik covid-19 yang belum reda, kontroversi terhadap keperluan diadakan pilihan raya dan juga kaedah pengendalian pilihan raya, wujudnya sekatan dan penghadan terhadap aktiviti-aktiviti berkempen serta kepasifan memobilisasi para pengundi luar, berkemungkinan menjadi faktor kepada penurunan kadar keluar mengundi dalam kalangan rakyat Melaka.

Sungguh pun begitu PH telah mengalami hakisan sokongan di semua kawasan DUN yang ditandingi, kemorosotan sokongan yang paling ketara adalah di DUN Sungai Udang iaitu 30.29 peratus. Manakala kemerosotan sokongan yang paling kecil adalah di DUN bandar Hilir 1.38 peratus.

Berhubung dengan sikap dan pemikiran pengundi, dalam temubual bersama sejumlah pengundi, didapati para pengundi mempunyai tahap kepekaan yang tinggi terhadap isu-isu korupsi dan juga tingkah laku integriti.
Umumnya para pengundi menolak kedua-dua pembolehubah ini dalam konteks amalan politik dan pentadbiran, bahkan para pengundi yang ditemubual lebih mementingkan soal amalan moral politik dan politik moral sebagai satu paksi kepada keutuhan nilai politik dan kestabilan sosial.

Berpandukan keputusan PRN Melaka, kemenangan selesa yang berpihak kepada UMNO (BN), menunjukkan soal-soal yang berkaitan dengan koruspsi dan tingkah laku penyelewengan integriti tidak boleh disabitkan dengan Umno (BN), sekurang-kurangnya itulah tafsiran yang boleh dibuat terhadap pola pengundian yang memberikan majoriti dua pertiga kepada Umno (BN).

Keupayaan Umno (BN) menguasai 21 DUN, seolah-olah merupakan satu penafian “rasmi” oleh rakyat Melaka terhadap dakwaan yang menghubungkan Umno (BN) dengan tingkah laku tidak bermoral dalam politik, khususnya sepanjang yang berkaitan dengan isu-isu korupsi, penyelewengan kuasa dan pelanggaran nilai integriti.

Wal hal dalam perang saraf kempen-kempen politik pilihan raya, PH dan juga PN menggunakan isu korupsi dan pelanggaran integriti, sebagai modal untuk disabitkan kepada para pemimpin Umno (BN). Lebih-lebih lagi para pemimpin UMNO didakwa terlibat dengan amalan rasuah dan penyelewengan kuasa.

Apa yang jelas, salah satu punca berlakunya PRN Melaka adalah disebabkan dakwaan bahawa Umno telah menyalah gunakan kuasa menipu kerajaan pusat berkaitan dengan royalti pengeluaran pasir, sehingga membawa penarikan sokongan oleh wakil-wakil daripada pihak kerajaan itu sendiri, menyebabkan kerajaan Melaka kehilangan majoriti. Maka, pembubaran DUN diisytiharkan dan membuka jalan kepada pilihan raya 20 November 2012.

Kejayaan Umno (BN) menguasai 21 kerusi DUN, tentunya mempunyai kecenderungan untuk memperkukuhkan penolakan dakwaan terhadap tingkah laku para pemimpin Umno, bahawa sememangnya mereka tidak terlibat dengan sebarang bentuk tingkah laku anti moral dalam politik. Apa lagi pelanggaran terhadap prinsip dan nilai integriti.

Memperjelaskan bahawa dakwaan sedemikian, hanyalah sesuatu yang direka cipta untuk memusnahkan kredibiliti Umno dalam operasi politik. Bagi para penyokong Umno, maka inilah tafsiran yang menjadi “mauduk” pegangan mereka.

Berdasarkan undi popular yang diraih oleh Umno (BN) sebanyak 38 peratus (122,620 undi), memperlihatkan seolah-olah para pengundi berkeyakinan bahawa Umno (BN) adalah parti yang tidak terpalit dengan penghakisan integriti, bahkan menjunjung nilai moral yang tinggi.

Para pengundi tentunya bertanggungjawab untuk mengesahkan bahawa Umno (BN) mempunyai tahap wibawa moral yang tinggi dan bebas daripada aktiviti penyelewengan moral serta tingkah laku pelanggaran integriti. Tentu sekali, inilah juga yang menjadi aset kepada para pemimpin Umno untuk terus menjual Umno kepada masyarakat.

Intipati tafsiran inilah yang akan dijaja oleh para pemimpin Umno, dalam usaha mereka untuk membebaskan Umno daripada sentimen kecurigaan rakyat terhadap perilaku negatif yang dikaitkan dengan Umno dan para pemimpin Umno. Pastinya mereka akan menjadikan keputusan PRN Melaka ini sebagai modal untuk merasionalkan masyarakat terhadap UMNO sebagai parti politik yang bersih dan cakna moral.

Berdasarkan hakikat ini, tema kempen Umno (BN) “Kestabilan dan Kemakmuran,” gambarannya seolah-olah lebih dipercayai oleh para pengundi berbanding dengan tema kempen PH, “Maju Bersama Harapan.” Apa yang nyata, kesemua kerusi DUN yang dimenangi oleh Umno (BN) dalam PRN Melaka adalah dalam kawasan majoriti Melayu.

Keadaan ini memperlihatkan bahawa sentimen orang Melayu terhadap Umno begitu kukuh dan menebal serta kekhilafan moral Umno, bukan merupakan isu analitikal, sebaliknya adalah bersifat praktikal.

Keadaan ini menunjukkan secara umumnya, masyarakat Melayu Melaka tidak mempunyai masalah berhubung dengan kredibiliti Umno, walau pun pandangan umum mengaitkan Umno dengan masalah korupsi dan pelanggaran integriti.

Dalam PRN Melaka ini agak jelas menunjukkan bahawa orang Melayu telah menolak segala bentuk dakwaan terhadap Umno sebagai parti yang menghimpunkan para koruptor dan terpalit dengan tingkah laku pelanggaran integriti.

Selain daripada itu, apa yang jelas masyarakat Melayu Melaka, lebih mempercayai bahawa Umno sebagai sebuah parti yang mampu untuk membawa kepada kestabilan dan kemakmuran, berdasarkan hakikat ini PH hampir kosong sokongan dalam kalangan masayarakat Melayu, realiti ini menjadi punca kepada merundumnya pengaruh PH dalam PRN Melaka.

 

Penulis merupakan Penyelidik Perunding di Human Resource Academy