Malaysia Dateline

PRN Melaka: PH adalah pilihan yang tepat

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kali ini amat menarik apabila wujudnya pertembungan tiga penjuru serta 28 calon Bebas di kesemua 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang menjadi taruhan buat rakyat negeri Melaka.

Lebih malang lagi apabila statistik calon-calon yang ditampilkan oleh BN dan PN menunjukkan ketandusan calon yang berkaliber dalam PRN kali ini.

Menurut Ketua Pemuda AMANAH negeri Kedah, Mohd Ridzwan Arshad Ahmad, kleptokrasi, penipuan akademik, skandal rasuah, dadah serta pengkhianatan memenuhi sebahagian besar calon dibawah gabungan tersebut.

“Yang lebih memelikkan apabila PN dan BN berentap sesama sendiri walhal sebelum ini mereka mendakwa kononnya berpakat demi Melayu dan Islam.

“Memeranjatkan lagi apabila Pas seolah-olah bermain dua kolam demi talian hayat mereka yang ternyata tidak mendapat tempat di hati rakyat Melaka dan Bersatu pula menghentam BN habis-habisan dan memperlihatkan wujudnya gabungan jahat dan khianat sesama sendiri.

” Ketidakadilan juga wujud apabila SOP yang ketat berat sebelah dimana program yang dilaksanakan oleh calon BN dan PN seolah-olah mendapat restu manakala program PH dikompaun sehingga RM4000 walaupun hanya dengan berpakaian logo parti,” ujar beliau dalam satu kenyataan kepada Malaysia Dateline.

Katanya lagi,Melaka perlu diberi peluang bagi memacu pertumbuhan ekonomi negeri dengan mandat diberikan kepada PH bagi meneruskan legasi kerajaan PH selama 22 bulan sebelum ini yang terbukti berjaya dengan mencipta banyak peluang bagi memacu pertumbuhan ekonomi negeri Melaka.

Tambah beliau, peluang mengundi kali ini harus dimanfaatkan sebaik mungkin dengan memberi mandat kepada PH bagi merealisasikan perancangan yang terlerai ditengah jalan sebelum ini.