PRN mengejut: Pas sedia berhadapan dengan Pakatan Harapan

PRN mengejut: Pas sedia berhadapan dengan Pakatan Harapan

Pas bersedia untuk berhadapan dengan Pakatan Harapan sekiranya diadakan Pilihan Raya Negeri mengejut di Pulau Pinang.

“Ya sudah semestinya (menentang Pakatan Harapan). Kita tidak mempunyai pakatan dengan yang lain kecuali PKR,” kata Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Rumah Terbuka Perkasa di ibu negara, semalam.

Ditanya sama ada Pas bersedia untuk melawan PKR sekiranya pilihan raya negeri mengejut diadakan, anggota parlimen Kota Bharu itu hanya berkata:

“Belum putus lagi,” katanya lapor Malaysiakini hari ini.

Sebelum ini DAP bermesyuarat untuk mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang.

Pilihanraya negeri itu dilihat sebagai satu percubaan untuk mewujudkan semula kedudukan Ketua Menterinya Lim Guan Eng ekoran tuduhan rasuah terhadapnya.

Bagaimanapun, pada sidang media minggu lalu, Lim memberitahu tiada pilihan raya mengejut akan diadakan setakat ini tetapi perbincangan mengenainya tetap diteruskan bersama komponen Pakatan Harapan yang lain.