PRN Pulau Pinang: Guan Eng tidak perlu dapat mandat rakyat


Lim Guan Eng tidak perlu mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang sekiranya hanya mahu mendapatkan mandat rakyat untuk menentukan kerajaan negeri Pakatan Harapan terus kekal berkuasa di negeri itu.

PRN Pulau Pinang: Guan Eng tidak perlu dapat mandat rakyat

Prof Dr Shaharuddin Badaruddin Lim Guan Eng tidak perlu mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang sekiranya hanya mahu mendapatkan mandat rakyat untuk menentukan kerajaan negeri Pakatan Harapan terus kekal berkuasa di negeri itu.

Penganalisis politik Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, mana-mana pemimpin dan parti politik dalam sebuah negeri boleh membuat keputusan tetapi ia tidak boleh menentukan semua keputusan.

“Dalam konteks yang berlaku di Pulau Pinang, Guan Eng tidak bersalah selagi tidak dibuktikan di mahkamah.

“Alasan DAP parti itu perlu mengadakan PRN semata-mata untuk menguji ‘political discourse’ parti itu sedangkan Pakatan Harapan mempunyai reputasi tinggi di kalangan rakyat di negeri itu ketika ini,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada 21 Julai dipetik berkata, PRN Negeri Pulau Pinang itu diadakan utuk mendapatkan mandat rakyat. PRN Pulau Pinang adalah penting bagi membolehkan kerajaan negeri Pakatan Harapan yang dibentuk boleh terus berkhidmat sebagai kerajaan rakyat walaupun beliau ditakdirkan ke penjara.

Menurut Dr Shaharuddin lagi, walaupun kerajaan negeri mahu mengadakan PRN, ia perlu mendapatkan persetujuan daripada Tuan Yang Teramat Mulia Pulau Pinang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

“Parti pemerintah di Pulau Pinang tidak menentukan semuanya termasuklah jika mahu mengadakan PRN.

“PRN Pulau Pinang mungkin boleh menjadi sebagai medan ujian tetapi tidak semestinya ia berlaku kerana keperluan adakan pilihan raya ini bukan satu
tindakan yang wajar oleh kepimpinan DAP kerana mungkin mandat itu tidak lagi berpihak kepada kerajaan negeri.

“Jika beliau mahu menjadikan isu salah guna kuasa ketua menteri itu untuk mengadakan PRN, kerana beliau bimbang dipenjara, saya fikir proses bicaranya belum lagi selesai sehingga tempoh jawatannya berakhir pada 2018 atau ketika kerajaan pusat akan membubarkan parlimen untuk PRU ke 14 jika itu berlaku lebih awal.

Lim Guan Eng “Lainlah jika Guan Eng sudah kehilangan mandat bolehlah dilakukan tetapi jika mandat itu masih kukuh, bukan satu keperluan untuk kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan ini mengadakan PRN,” ujarnya.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR, berkata, sewajarnya dalam tempoh sebelum pilihan raya umum berlaku, Pakatan Harapan di negeri itu lebih memfokuskan untuk menyelesaikan pembahagian kerusi untuk parti masing-masing.

“Kita boleh selesaikan banyak masalah selain memikirkan keperluan PRN di Pulau Pinang. Isu pembahagian kerusi dalam PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar serta PRN Sarawak belum lagi diselesaikan bersama dalam Majlis Pakatan Harapan.

“Dalam PRU14 Pakatan Harapan mahu mengadakan pertandingan’satu lawan satu’ dalam dua kelompok besar parti yang akan bersaing sama sendiri kelak, sewajarnya menjadi keutamaan untuk dibincangkan dalam masa terdekat ini bukannya PRN Pulau Pinang,” ujarnya.