Malaysia Dateline

PRN Sabah: 32 peratus keluar mengundi setakat jam 11.00 pagi

Peratusan keluar mengundi biasa bagi PRN Sabah ke-16 setakat jam 11 pagi ini sebanyak 32 peratus, demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sebelum ini, SPR meramalkan lebih 75 peratus akan keluar mengundi dan dijangka mengumumkan keputusan menjelang tengah malam ini.

Sejumlah 447 calon daripada 16 parti disahkan bertanding dalam PRN Sabah hari ini,

Lebih 1.12 juta pemilih berdaftar akan membuang undi bagi memilih wakil rakyat masing-masing bermula jam 8 pagi.

Pada jam 7.30 pagi sebanyak 2,540 saluran di 741 pusat mengundi dibuka di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan rakyat Sabah memilih kerajaan baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.

Proses pengundian akan dikendalikan 17,257 petugas pilihan raya sehingga waktu mengundi tamat pada 5 petang hari ini.

PRN tersebut diadakan selepas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membubarkan DUN Sabah sehari selepas bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman mendakwa memperoleh cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baharu.