Malaysia Dateline

PRN Sabah: Anak muda pilihlah calon berintegriti mampu bawa suara rakyat

Jingga 13 Sabah merayu anak muda Sabah menunaikan tanggungjawab memilih calon yang mempunyai integiriti serta mampu membawa suara rakyat Sabah dalam pilihan raya negeri hari ini.

Menurut Ketua Koordinatornya, Edzha Zaini, rakyat Sabah khususnya anak muda perlu segera bangkit dan menetapkan Sabah agar terus menjadi wilayah yang bermaruah.

“Undi calon yang berwibawa serta memperjuang hak rakyat lantas menolak calon yang mempunyai kepentingan diri dan boleh dijual beli melalui wang ringgit termasuk calon ‘katak’.

” Sebagai rakyat Sabah yang bermaruah mari kita sama-sama buktikan suara rakyat adalah suara keramat yang perlu dibuktikan pada hari ini iaitu 26 September.

” Sehubungan itu kami mengajak rakyat Sabah untuk mengundi calon daripada Warisan Plus iaitu merangkumi Warisan, AMANAH, PKR, UPKO dan DAP,” seru beliau.