Malaysia Dateline

PRN Sabah: Warisan bertanding 45 kerusi, DAP 7, AMANAH 1 kerusi

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal akan mempertahankan kerusinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, 26 September ini.

Mengumumkan perkara berkenaan, bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata, Warisan juga akan bertanding sebanyak 45 kerusi pada PRN Sabah ke-16 ini.

Keputusan tersebut diumumkan di Sabah International Convention Centre (SICC) hari ini.

Shafie turut mengumumkan sebanyak tujuh kerusi akan ditandingi DAP yang juga rakan sekutu dalam Warisan Plus manakala AMANAH pula satu.

Untuk rekod, semalam PKR mengumumkan akan bertanding di 14 kerusi DUN Sabah dengan keputusan untuk tetap menggunakan logo parti sendiri.

Sebaliknya, AMANAH dan DAP memutuskan untuk menggunakan lambang Warisan pada pilihan raya akhir bulan ini.