PRN Sarawak: 32 peratus keluar setakat jam 11.00 pagi

Oleh NASUHA RAHMAN

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sehingga jam 11 pagi ini peratus keluar mengundi bagi PRU DUN Sarawak ke-12 sebanyak 32 peratus.

Sebanyak 1,866 pusat mengundi melibatkan 3,555 saluran akan dibuka untuk pengundian pada pagi ini.

seramai 46,565 petugas akan bertugas bagi melancarkan proses pengundian yang bermula 7.30 pagi hingga 5 petang.

PRN Sarawak kali ini menyaksikan seramai 349 calon dari 10 buah parti serta Bebas bersaing dalam pertandingan antara dua hingga lapan penjuru merebut 82 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Penyandang, Gabungan Parti Sarawak (GPS) meletakkan semua calonnya di 82 kerusi, diikuti Parti Bumi Kenyalang (73), Parti Sarawak Bersatu (PSB) sebanyak 70, PKR (28), DAP (26), Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (15) dan Parti Bansa Dayak.

Tiga lagi parti iaitu Parti Amanah Negara (Amanah) mempertaruhkan lapan calon, Parti Sedar Rakyat Sarawak (lima) dan Pas (satu) serta Bebas (30).