Malaysia Dateline

PRN Sarawak antara agenda utama Konvensyen PKR negeri Sabtu ini

Persiapan untuk pilihan raya negeri (PRN) Sarawak, yang dijangka pada tahun 2021, akan menjadi antara agenda utama yang akan dibincangkan dalam Konvensyen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu ini.

Ahli Parlimen Miri dari PKR Dr Michael Teo Yu Keng berkata selain itu konvensyen yang dijadualkan berlangsung di sebuah hotel di sini nanti, akan turut meraikan sambutan ulang tahun ke-20 penubuhan parti.

“Lebih 1,000 perwakilan akan menghadiri konvensyen itu, yang dijangka akan dirasmikan oleh Presiden Parti Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya kepada Bernama  pada Isnin.

Sehubungan itu katanya surat jemputan ke konvensyen sehari itu sudahpun dihantar kepada pemimpin-pemimpin PKR dan juga anggota-anggota parti.

Untuk rekod, ketika ini Pakatan Harapan (PH) mempunyai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak, dengan tujuh daripadanya adalah dari DAP, manakala tiga lagi dari PKR.– BERNAMA