Malaysia Dateline

PRN Sarawak jadi pertaruhan kaki judi

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dudong, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, beliau mendapat maklumat berhubung aktiviti pertaruhan dan kaki judi mula menyasarkan kawasan yang ditandinginya.

Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) itu berkata, lebih mengejutkan mereka terbabit meletakkan pertaruhan berapa undi beliau boleh dapat.

Sehubungan itu, King Sing merayu agar penduduk Sarawak sama sekali tidak menjadikan keputusan PRN sebagai bahan pertaruhan.

“Tolonglah jangan bazirkan wang anda untuk membuat pertaruhan terutama ketika kita sedang dalam kesulitan akibat Covid-19 ini.

“Saya baru mendengar ada orang sudah mula membuka pertaruhan dan lebih mengejutkan ia membabitkan saya kerana mereka mengatakan saya hebat lalu meletakkan pertaruhan berapa undi saya boleh dapat,” dipetik BH.

King Sing berkata demikian pada sidang media di pejabat PDP Cawangan Dudong hari ini.